facebook



Sunday, January 28, 2024

HOBI 2024

Assalamualaikum korang..!!


lama betul cik kaktus tak bersiaran kan? last updated blog ni tahun 2020 kalau tak silap. sejak berstatus ibu anak satu ni mmg tak sempat nk updated. tambah pulak skrg ni byk sgt socmed. layan banyak-banyak socmed lastly bersawang juga.. hehehe..

Entry kali ni simple je uolls. cik kaktus just nk share hobi baru cik kaktus. hobi baru cik kaktus tahun 2024 ni adalah tak lain dan tak bukan is CAMPING!!!! hehe.. terpengaruh dengan encik husband sbnrnya.

kami camping di pantai.. for beginner ni je lah tent yg kami mampu :)



long story short, sebenarnya dh lama encik husband cik kaktus ajak pegi camping tapi cik kaktus mcm layan tak layan je.. kadang join jugak encik husband pegi camping sebelum ni..tapi encik husband tidur dlm tent cik kaktus check in hotel 😜.. ni time camping kt Port Dickson la.

Kenapa begitu???? nak kata tak biasa camping, cik kaktus mmg camper tegar masa zaman sekolah. dari sekolah rendah sampai lah sekolah menengah. so, benda-benda gini small matters je bagi cik kaktus.. tapi gitu la disebabkan encik suami salah introduce campsite yang facilities dia tak berkenan di hati cik kaktus.. jangan tny campsite mana, cik kaktus takkan disclose kt uolls.. werrrkkk ! 😝

tapi awal tahun hari tu encik husband berjaya pujuk cik kaktus pegi camping.. sebelum pegi tu cik kaktus study dulu pasal campsite tu.. alhamdulillah approved!!!


okey lah.. setakat ni dulu entry cik kaktus kali. doakan semoga cik kaktus kembali lagi update kt sini ya. doakan juga moga hobi ni berpanjangan..hehehe.. oh ye.. lupa nk share dgn korang campsite mana yang cik kaktus pegi..cik kaktus camping kat MAYANGSARI CAMPSITE PORT DICKSON.. Korang yang minat camping, silakan ke sana sebab facilities dia mmg puas hati. toilet bersih, kawasan pon bersih dan yg penting owner dia rajin datang kutip sampah 😊.


babai korang....

Tuesday, April 28, 2020

Rambut Gugur Selepas Bersalin



Assalamualaikum w.b.t,

Lama sungguh Cik Kaktus tak ber 'blog' ni. Dari zaman anak dara dan sekarang dah bergelar seorang ibu. Kehidupan seorang ibu ni sangat mencabar. Dari mengandung sampailah dah beranak. Tak habis kat situ je. Selepas beranak pon masih lagi ada cabaran.

Kebiasaannya selepas beranak wanita akan mula berubah dari segi bentuk badan, emosi dan juga hormon. dan Cik Kaktus sedang dan telah melaluinya. Perkara yang palimg menyedihkan Cik Kaktus selepas bersalin adalah KEGUGURAN RAMBUT yang banyak amat. Sampaikan rambut jadi NIPIS dan NAMPAK KULIT KEPALA!!

Dan lagi menyedihkan, husband Cik Kaktus tanya kenapa rambut dah makin nipis dan dia tegur rambut yang gugur merata di lantai. MALU WEH MALU!!!!!

Selepas tu Cik Kaktus mula google pasal penjagaan rambut. Dalam info tu suggest produk dekat drugstore. Adalah certain produk yang di"suggest"kan tu. Dalam info tu jugak, suggestion full set untuk penjagaan rambut adalah daripada berlainan jenama tau. contohnya serum dari jenama lain, Shampoo dari jenama lain, conditioner jenama lain and so on.

Tapi Cik Kaktus follow je suggestion tu. Tak kisah la jenama apa je Cik Kaktus follow janji rambut gugur Cik Kaktus kembali pulih. Dah beli Cik Kaktus pon balik la mencuba. Sebulan jugak la mencuba tapi hasilnya mendukacitakan. Rambut masih gugur teruk.

Last-last Cik Kaktus jumpa Serum Rambut Faith Fleur. Kawan la asyik duk post kat FB cakap serum tu elok. OK la sis cuba. Tengok Color biru tu dan tertambat hati dah. Harga? murah je. RM20 sebotol. if ada luck, kena time promo boleh dapat dengan harga RM10 sebotol tau.

Hair serum (serum rambut) faith fleur | Lazada

seawal seminggu dah nampak kesannya dia. Rambut dah kurang Gugur. Kalau dulu sekali sikat segumpal yang gugur, tapi lepas guna serum ni 2 3 helai je yang melekat kat rambut. Tak puas hati lagi Cik Kaktus tengok lantai. Kot-kot latak lekat kat sikat tapi gugur ke lantai. Eh! takde pun rambut. Lantai putih bersih. Okey takpe! kita tengok hasil dia seminggu lagi.

Selepas seminggu bukan sahaja rambut yang tak gugur tapi rambut rasa makin tebal. kalau dulu rambut Cik Kaktus tak boleh kepit. tapi lepas guna serum ni Alhamdulillah dah boleh kepit dah!! Serum ni datang dengan pakej wangi tau. Kepam-kepam pun takde dah. Alhamdulillah.

Ni berdasarkan pengalaman Cik Kaktus la. korang yang berminat nak rawat masalah yang sama dengan Cik Kaktus boleh komen kat bawah tau. Nanti Cik Kaktus guide korang. Atau korang boleh jalan-jalan ke FB page Beauty & Hair Care Shop. Korang boleh tekan link dibawah ni.


Nanti next posting Cik Kaktus nak share dengan korang pasal complete Set yang Cik Kaktus guna sekarang. yang tu memang awesome sangat-sangat dwww.facebook.com/sobellabeautybysalmi an harga mampu milik.

Tuesday, June 20, 2017

MERAWAT KULIT DENGAN MARY KAY

Assalamualaikum. selamat pagi semua.

memandangkan dah lama tak aktif blog dan menghilangkan diri dari dunia blog, makanya hari ni cik kaktus kembali semulaaaaa. lama sangat-sangat tinggalkan blog ni. dari status cik sampailah sekarang ni dah berstatus puan.

Actually takde idea nk berceloteh panjang-panjang. cumanya pagi ni cik kaktus nk share testimoni produk Mary Kay. testimoni ni bukan bermakna cik kaktus agen atau dealer atau beauty consultant produk Mary Kay tapi as a pengguna produk tu.
Haa ni la dia produk Mary Kay yang cik kaktus guna. Untuk newbie mcm cik kaktus ni Beauty Consultant (BC) cik kaktus suggest guna set Botanical Effect (BE) No. 2 untuk Normal Skin sebab kulit cik kaktus jenis yang biasa-biasa. dalam kata lain kulit yang tak bermasalah.

KENAPA GUNA MK WALAUPUN KULIT TAK BERMASALAH??

Ceritanya begini. dulu-dulu cik kaktus tak suka guna mana-mana skincare. pakai bedak je tapi alhamdulillah takde pun masalah jerawat cuma agak gelap sedikit sebab dulu aktif kawad kaki. (kalau ada pon jerawat kecik-kecik tanda kematangan..hihi). Then, bila tengok kawan-kawan cik kaktus cantik & flowless je guna skincare, cik kaktus mula la berjinak-jinak dengan skincare ni. Pakai jenama biasa-biasa je tapi mmg ok dan menjadi la. lama jugak stay dengan produk tu ada la dalam 4 tahun.

Bila dah masuk alam kerjaya ni macam-macam pulak produk keluar. makanya pada tahun 2015 cik kaktus tukar kepada produk lain. Asalnya produk tu memang best pakai. tapi agak membimbangkan la jugak untuk minggu-minggu awal penggunaan tu sebab ia menyebabkan pengelupasan kulit. cik kaktus masuk ofis pun rasa mcam nk pakai niqab je sebab satu muka mengelupas. dalam sebulan dua lepas tu muka jadi flowless. tapi kejap je dia flowless lepas tu jadi balik. Kali ni pengelupasan makin teruk seteruk-teruknya.

terus cik kaktus stop tanpa was-was lagi dah. Takuuuutttttt. Nak cantik punya pasal kan. Nah Amek Kau! Start bln oktober akhir thn 2015 cik kaktus Stop. Thn 2016 adalah tahun penyesalan. cik kaktus langsung tak guna apa-apa skincare dah. bersara terus. nasib la bakal husband (time ni berstatus tunang orang) tak kisah sangat bab-bab skincare ni.

sebab dah lama tak guna skincare kulit mula jadi kusam. Mak aih stress lagi cik kaktus. Kulit Kusam tu dah satu hal, white pulak makin menjadi-jadi time tu. Masa tu bln Mac 2017. dah la April nk nikah dah. Sah-sah la kan nk tampil cantik nanti nk naik pelamin. Stress lagi duk fikir nk pakai produk apa pulak. Last-last decide nk pakai MK ni.

So, cik kaktus cari la BC yang trusted kawan cik kaktus sendiri. tapi bln 3 tu tak pakai terus. Cik kaktus simpan dulu letak kt dulang hantaran. hehe. Jimat sikit.

OKAY, NI NAK START CITER BAB MK DAH. Actually set BE ni ada 3 jenis mengikut jenis skin masing-masing tau iaitu Dry, Normal & Oily. Cik Kaktus ambik yg Normal Skin. Dalam set tu ada Cleanse, Hydrate, Masker dan Freshen.

Penggunaan nya sama je macam skincare lain, first cuci muka dengan cleanse. lepas cuci muka apply freshen kat muka. guna kapas tau jangan sembur direct kt muka plak. Then, apply hydrate kt muka. hydrate ni fungsi dia macam mousturizer la. sapu nipis-nipis jer. dan satu lagi hydrate ni boleh pakai untuk tidur. Masker pulak pakai 3 kali semnggu je tau.bkn hari-hari.

Untuk Penggunaan awal produk ni jgn kuatir kalau muka korang nati naik jerawat sebab tu dinamakan healing crisis. Kalau cik kaktus sendri pon mula-mula pakai mmg berjerawat. liang pori jadi besar. kulit jadi berminyak. hampir putus asa jugak la. tapi bila cik kaktus rujuk BC balik dia ckp ni normal untuk newbie sb MK ni produk yang merawat kulit dari lapisan ke lapisan kulit.Kita kan dah guna bermacam-macam produk yang ada bahan kimia, so take time jugak untuk pulihkan kulit.

alhamdulillah dalam sebulan lebih nampak perubahan. jerawat dah takde. kulit pon dah tak berminyak. cuma liang pori je yang tinggal skrg ni. kena bersabar sikit masa je lagi. 

So, kepada korang yang nak try MK ni jgn takut ye. bersabar la. biasala kan nak produk yang baik ambik masa lama sikit untuk nampak kesannya. kalo produk yg seawal 7 hari dh cerah tu cik kaktus dah serik nak guna. nak cantik sekejap je dapat. sekali kalo dh terkena kesannya merana bertahun-tahun. nasib cik kaktus cepat sedar.. huhu. Okay lah selamat mencuba MK ye u olllsss.. 







Tuesday, August 9, 2016

Weee~~

Assalamualaikum olllsss...

 long time no see kan. sori..cik kaktus biz sangat sampai x sempat nk jenguk rumah kedua cik kaktus ni. almost 2 years kan? nothing to story mory sebenarnya. otak pon dah tepu sebab dah lama x menulis. taaaaapiiiiiiii dont worry.. cik kaktus akan buat entry yg bermanfaat pulak lepas ni. xde dah nk bebel sana sini. ni KPI cik kaktus sempena kemunculan semula ni.. ceeewaaaah.. tapi bukan sekarang.. waiiiiiittttt yaaaaa! see u! bye bye!

Saturday, June 20, 2015

::Nukilanku Ramadhan ::


RAMADHAN..
RAMADHAN KAREEM..
RAMADHAN YA HABIB..
lama aku menunggu
lama aku termenung
memikirkan RAMADHAN ini
mungkinkah yang terakhir ??

RAMADHAN..
alunan kalimah-kalimah suci bergema
di segenap alam..
meriahnya RAMADHAN
dilimpahi nikmat
dicucuri rahmat dari segenap penjuru alam..
Subhanallah.. RAMADHAN

****TO BE CONTINUE***

Wednesday, June 4, 2014

Abah II

abah...
dia lah insan yang berbahagia
disaat kelahiran puteri sulongnya
dia lah yang yang pertama
menyapa telinga dengan kalimah
syahadah...

dahulu..
bilamana terdengar suara abah
ibarat mendengar guruh dilangit..
bertempiaran lari menyelamatkan diri..
takut dimarahi..
kerana kenakalan diri...

abah..
bila aku remaja dialah teman..
yang mengharapkan kejayaan..
wang ringgit ditabur tidak sekali
minta dibalas..

abah..
mengharapkan tegakku seutuh bicara ku
mengharapkan tuturku seindah pelangi dimedan kehakiman..
namun..
tikar kekecewaan aku hamparkan
dilaman hatimu
aku tau pedih hatimu
kerana harapanmu punah..

abah..
aku tdak mmpu penuhi hasratmu
aku tdak mmpu berdiri dikamar pengadilan..
yang aku ada hanyalah doa untuk mu abah..





Tuesday, April 8, 2014

StoryTelling dizaman moden.


awwalul kalam bilafzin BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM......


lama sudah tinggalkan dunia bercerita ni.. entry kali da x guna elemen puisi..sebaaabbbnye...
sebab ape ek?? hmmm... sebabbnye x sempat la nk generate idea... hehe..

nevermind ! yang penting cerita jugak yee... ini entry bukan entry bergosip..tidak jugak entry kutuk mengutuk, keji mengkeji.. tidak ! haha... ini cerita tentang mimpi.. bukan mimpi cinderella tau..bukan...bukan..

mimpi ni lain macam sikit...adala satu mlm tu cik kaktus mimpi..cite nye cenggini... suatu hari cik kaktus pegi melawat kawan..kawan lama time sekolah dulu.. lama da tak jumpa dia.. last jumpa tahun lepas..

punya la syok duk nyembang (dalam mimpi tu la..hihihi) tiba2adik kepada kwn tu ckp mak dia meninggal scr tiba2... masya Allah ! cik kaktus da xtau nk wat apa bila da nampak jasad terbujur kaku dan siap dikafankan dah..nak balik umah terus rase cam x syok jer.. last2 cik kaktus ckp kt kwn tu mintak izin ng dia nk solatkan jenazah utk arwah ibu dia...

masa tu kwn x ckp pape..terus cik kaktus berdiri tegak n solat (Dalam mimpi tu da siap pakai telekung la..huuu).. masa solat jenazah tu la rase lama sangat masa berjalan..then dalam mimpi tu jugak, cik kaktus nmpak ada makmum kt belakang cik kaktus.. kemudiaaaaaaannnnn.... cik kaktus pon tersedar..hohoho..

bangun-bangun terus termenung...hmmmm... berpeluh u ollsss...padahal time tu kipas da no.2 jeeeeerrr...hehehe.. motifff cerita ni?? xde motif pon sbnarnye..saje nk share ..mane la tau kot2 kwn2 yang bace ni penah alami mimpi mcm cik kaktus ker...haaaa... ! k bye..take care.. peaaaaccceeee....


Sunday, March 30, 2014

bila hati dan jasad tidak lagi
sanggup untuk berkompromi
di taman kaktus ini aku singgah
menjenguk, melihat, memerhati
tiba masanya terlakar satu cerita

cerita yang tidak pernah bernoktah
kerap kali permulaannya adalah tanda tanya
kadang-kadang kelu menjadi klimaksnya
jarang sekali untuk melengkapi penamatnya..
 

SIAPA DIA??
dia adalah watak yang tidak pernah
berbicara tika bertentangan
kerana bicaranya adalah senyum
pesannya melalui pandangan mata
tertusuk jauh kedalam..

SIAPA DIA??
hadirnya bagaikan halilintar kala mata terpejam..
lagaknya riang membariskan senyum 
menjengah tidak bersalam..
perginya tiada khabaran

ajaib nya dia kerana wujud di alam itu..
alam yang tiada penghuni..
gelap gelita bercahaya tiada..


 DAN AKU??



 

Wednesday, October 30, 2013

when i am a programmer...!! it's "WOW..!!"

assalamualaikum..selamat pagi..(peace..!!)

bila otak da tepu..asyik nmpak coding jer..nk update blog pon da xtau nk mula ape.. mula camni pon boley la ea..??hehe..

yeee..mmg da lama sgt x wat kecoh kt blog ni kan..fuuuuhhh..xlarat kot everyday duk hadap coding, coding, coding n lately kna plak ngadap subjek finance..oookey larr... not bad taaaaapiii so stress...

x caye?? lah..x tipu la.. kalo x caye nah..TENGOK NIIIII....!!


hahahahah...seronok kan tgk bnda warne kuning tu?? mcm ni la kalo nk jd programmer..Wow..!!


it's okey...keje, kerje jugak...tapi cuti midsem ni balik kg. tu mesti...hehehe...doakan perjalanan i ke kg esok mlm selamat yer, u ollsss...k bye.. hv to go, my web project is waiting...bye.. bye...heeee~~

Thursday, September 26, 2013

feeling blessed~~





sejenak ku berhenti..
merenungi sekeliling...
gelap..gelap ...dan gelap..
dibawah cahaya lampu jalanan..
tegak ku disitu bgaikan
insan yg teruja dengan keindahan alam..
Subhanallah..indah..

sungguh..!!
kekerdilan jasad ini bagaikan 
menyeru ak untuk menghayati alam ini..
seketika...
kegelapan itu ku rasakan ada sinarnye..
duka yg semalam bgaikan hilang
dibawa pergi oleh angin malam.. 
lantas ak bisikan..ALHAMDULILLAH..

sungguh..!!
sesekali ku dongakkan kepala..
kubiarkan mata ini memerhati bumbung dunia
yg tidak bertiang
serinya dihiasi purnama 
yg membawa aku 
untuk meminta kepada Sang Pencipta..
tentang sesuatu..
tanpa sedar ku alunkan..ALLAHUAKBAR...

sungguh..!!
Allah itu Maha Penyayang..
kasihNYa melengkapi hari-hariku..

Sunday, June 16, 2013

kenangan II



                                              


sesuatu yang telah lama ak tglkan sepi..
yg membawa ak knl ap itu rase..
yang mengajar ak ap itu fitrah..
dan akhirnya kita sama2 membawa pergi kenangan itu..

mungkin bagi mu ia  lumrah kehidupan..
tp ak...??
langkah ku terhenti disitu..
ku letakkan ia ke dalam piring kenangan..
ku simpan kemas bersama ikatan..
sedaya ak cuba menyimpul mati ikatan itu 
agar ia tidak lg kembali terapung diruangan minda..

ku biarkan duduknya disitu..
tidak ku usik..
tidak ku jentik..
kerana ku bimbangi pintu yg telah lama ku kunci
dicerobohi kembali..

kebimbanganku tidaklah kemana..
berulang-ulang kali pintu ini diketuk..
cuba dibuka..
namun ak hanya membiarkan ketukan itu menjadi irama..
 ingin kubuka..
berharap mungkin ada sinar harapan..
tapi semua itu hanya harapan
dan nyatalah hati menidakkan
tetap minda mengiyakan..

ingin ku teriak..
ingin kusampaikan suara hati..
biar semua tahu apa mahu ku
kubicarakan pada langit biar angin yang lalu sampaikan hujah ku..
kubisikkan kata2 indah pada purnama
biar sinarannya menghantar pergi luahanku..
kubiarkan semuanya sunyi dan sepi..
kerna tidak akn ak  ulangi kesilapan lama...

biar bertalu2...
tidak akn kubuka..
kerna kuncinya telah lama ak buang..

ya Allah,
leraikanlah rasa ini...
tetapkan hatiku agar ak tidak goyah dengan kenangan silam..
Hnya padaMU ya Rabb ku berserah...



Wednesday, June 12, 2013

~~lOsT

today... i am loser...huwaaaaaaaaaaaa....!!

 

to mom n dad, i am very sorry for make both of u disappointed. honestly, i have try my best to be a good daughter and trying day-to-day to make both of u proud of me but who i am?? I AM LOSER...!!

 

someone said that a person do not be evaluated through their pointers. indeed, for me its really2 important... i am so so so sorry...

"Operating system" make me sick, make me unease...oohhhh terrible...

 

Ya Allah..tolongla hambaMu ini.... :(

Tuesday, June 4, 2013

lakaran memori~~

lakaran demi lakaran cuba dicoretkan
berharap kenangan ini tidak akan padam dr memori..
dibumi ini aku berdiri..
mengorak langkah mewarnai hri..
yg dicari bukanlah kesempurnaan 
tetapi kepuasan dan keseronokan
yg diharapkan..

langkah bermula ..


 langkahku susun bermula disitu
UNISZA...
aku cipta kenangan..
kenangan berada di puncak kejayaan..
dan ia merupakan satu kejayaan yg pertama
perjalanan melakar memori bermula...

disaat menggapai segulung ijazah..
aku dibuai mimpi..
mimpi yang tidak mungkin menjadi milik insan lain..
dan ia ak punya...

sungguh tidak ak sngka..
perjalanan itu telah menjadikan ak seseorang..
seseorang yang belajar dari kesilapan..
kerana kesilapan mengajar erti sebuah kejayaan..
diSINI...
UNIVERSTITI UTARA MALAYSIA..
langkah ku atur makin panjang..
jalannya berliku-liku namun ku tempuhi jua..

permulaan kehidupan UUM


tidak ku jangka..
bermula dengan dendam tapi akhirnya disini ak..
mimpi yg x pernah padam itu..
ku kejar..

akhirnya...
mimpi ini menjadi realiti...
siapa tahu??
siapa sangka??


saya disini...
di DEWAN MUADZAM SHAH, UUM, SINTOK.
akhirnya..tiada yang mmpu menghalang ak berdiri disini...
dan mimpi itu tercipta dikala "dia"  mendeklamasikan sajak
di dewan itu dia megah berdiri..
penuh semangat yang tiada tandingannya..
di situlah dia membakar ak untuk menyainginya
megah berdiri tanpa gentar..

juga..special thanks to my sifu...
dia yang memberi tunjuk ajar...
terima kasih




Friday, March 1, 2013

Bonda...

ku dengar suara itu,...
sayup-sayup menjamah telingaku...
kata-kata semangat cuba dia salurkan..
dengan kudrat yang x seberapa
pura-pura dia kuatkan..
mengharap si anak tabah menghadapi ujian..

ku dgr lg suara itu..
masih lg menghidangkan ak ayat-ayat penyejuk jiwa..
merawat segala rawang yang menjengah..
sedang ak tahu dia jua terluka...
memujuk diri sendiri untuk kuat
agar fizikalnya nmpak kental..
ak tahu hatinya dibanjiri air mata...

bonda,
aku jua begitu...
kau dgr suara ku tabah disebalik air mata...
tdo ku bersama ditemani mutiara jernih..
mengalir laju ditubir mata..
makin ak kesat makin laju alirannya...
bonda..aku gagal..

bonda,
ingin ku pulang berada didakapan mu...
meniti hari2 genting bersamamu..
memaut kepalamu bersandar padaku tika kau kesedihan...
menjadi tiang untuk kau memaut tika kau terungkur...
menjadi segala2nya pdmu...
taapi...itu mustahil kerna kta jauh utk bertatapan mata..

bonda,
ampunkan ak jika air mata ini
bakal melemahkanmu...
ampunkan ak jika kelemahan ini menggugat
kekentalan hatimu..
ak tidak mampu menjadi setabahmu...
ampunkan aku...
ampunkan aku...
ampunkan aku..

Allahurabbi.....

Monday, February 18, 2013

it's so0o0oo00 Scary.... .. .. .!!

assalamualaikum....heee~~

macam x percaye jer umor da meningkat..hilang keremajaan diganti pula dgn kedewasaannn...huk aloh laaa...tapii ni la resam kehidupan..xde yang tua makin muda..dan yang muda xkan selamanya muda dan mentah...hehehe...umor..umor..dan umor...!!

ni da tahun 2013...satu lg angka berganti lam hidup cik kaktus...i'm old enough!!! i am 24 years old....!!!ni kalo zaman2 dulu ni kalo ikut umor cik kaktus rsenye anak da 5 org kot...hihihi...but..aaaiiii ni setadi pon belom habis laggggiiiii!!errrggghhh....

dolu2 org selalu tanya...

time umor 12thn ~~ "mie, exam dapat bape A??" (ni sah2la diowg tny pasal result UPSR)

umor 16 plak ~~soklan masih x berubah...  "mie, exam dapat bape A??" (yg ni plak time PMR..cik kaktus ambik lewat sikit sb cik kaktus asal sekolah ugama..hohoho..beza sikit ng sekolah bese...)

umor 17..there is a little bit different~~orang len: "kamu da ada pakwe?" (haiyyyaaa!!soklan cepumas..ok takpa2 cik katus jawab yer)..- cik kaktus: "hmm..baru jer putus sebulan yg lepas..."
apa la org tu...tny soklan camtu time cik kaktus br lps putus...tp seb bek jgk...kang ad plak dpt title 'gatal' plak..hohoho

ni da masuk umor 24thn (tp sebenarnye x lg..cik kaktus br jer umor 23thn 3bln...hehe).. abah pulak yg wat hal...kononnya ad kwn dia yg tgh cr menantu..anaknye keje cikgu..skang kerje kt sarawak...

diminta abah yang cari..bila abah kenenkan ng org mane ntah..cakap x berkenanla...nk yng bekerja laaaa...macam2 alasan..mcm teka teki la plak pakcik tu..hurmmm...oneday abah story-mori kt my mom...a.k.a his wife...huhuhu...tiba2 my mom plak ckp pkcik tu mcm nk berbesan ng abah..haaaaaaa....jgnlaaaaa!!!i'm not ready yetttttttt......!!haaadoooiiii...sape lg kalo nk dijodohkan kalo bkn ng ak..i'm de only older daughter in my famili u know...scary..scary..scary.....time tu abah diam jer...

3minggu lepas..abah lg..." ad gewe doh ko?" (da ad pakwe ke?....alamaaaaakkkk...ape nk jwb ni...diam je lah...hahaha....


haaaaa...ni plak cite freshhh..segar dari ladang...time tu kuar bertiga ng ma n abah...time driving abah cite lg pasal pakcik cari menantu tu...haaaaaiiihhhh...haru biru hijau merah kuning sume ad..tp kali ni dialog camni...dikategorikn seagai dialog seraaaammmm... my mom : cikgu tu da jmpa ke calon menantu yg dia nk?? abah: da jumpa daaa..hr tu dia tny xde ke ank yg besa...boley disatukannn..." aaaiiii kt belakang tadah tgn tnda syukor...even ayt belakang x bape nk best...huahuahu

papepon..IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT dengan kepujian tu yg cik kaktus nk kejar dulu..pastu nk keje..kaween???hahaha...boley da tu slow kalo da dpt keje....hihi....bkn cik kaktus xnk kawen...sbg seorg ank yg byk menyusahkan mak bapaknye (kenyataan ni tuju pd diri ai sendiri ye..xde kaitan ng yg hidop atau pon mati..hihihi) keluarga harus diutamakan...nk wat sesuatu letaklah keluarga kita yg lebih utama slepas Allah dan Rasul... barulah hidop kta penoh barokah..insyallah..amiiin.... :)

Thursday, January 10, 2013

nasihat tentang NASIHAT.

assalamualaikum uols...hehe..
pelik kan tgk tajuk entry cik kaktus kali ni...cuba teka ap yg cik kaktus nk sampaikan??hahaha..sebenarnye cite dia xde la complicated sgt tp agak melampau la bg cik kaktus..huhu...cite nye ttg "nasihat yg mengaibkan"...

skrang jln utk berdakwah terbentang luas..byk cara kta boley menyeru umat manusia melakukan kebaikan..contohnye..ramai da skrg ni yg guna FB, Twitter, Blogspot  n lain2 sbg medan dakwah...ok..its good...sb kta x salahgunakan teknologi zaman skrg...even Ustaz Azhar Idrus pon ad FB..

byk jgk la ilmu yg cik kaktus dapat bila kwn2 share yg Ustaz2 update ttg ilmu duniawi dan ukhrawi...alhamdulillah..yg xtau akhirnye tau...yg kabur kini mkin terang dgn ilmu yg disampaikan...

cik kaktus kagum n suka sgt bila tgk kwn2 fb post pasal bnda2 islamik ni..nmpak nice..ye la...at least xde la dia nk mencarut ke.. hamburkan kemarahan ker..kalo yg ni cik kaktus rse gerammmm yg amat...penah la dulu remove sowg budak ni kt FB..sb nye suka sgt cite pasal pakwe dia...pendek kta semua lah pasal pkwe dia..haha..opppss!!maaf awk da jd mgsa remove sy...hehe

taaapppiiiiiiiiiiiiiii............haaaaaa....

yg x fhm nye... ad jgk yg jns share pasal sesuatu yg sama waktu ng nasihat...pastu tag kt kawan2..haaa??x faham??hahaha..contohlaa..gambar tu ttg pemakaian yang tidak menutup aurat..dalam gmbr tu plak terangkan lg ttg akibat dan balasan Allah ttg auarat tersebut..pastu dia tag plak kt kwn2 fb dia..nak2 plak si kawan yg kena tag tu mmg da ting tong..kowg faham kan..cik kaktus mls nk detailkan lg..haaaa...jeng2x....

patotkah???korang nilai la sendiri yer...huhuhu..tp bagi cik kaktus laaa kejadian ini haruslah dielakkan..boley kita share apa2 aje..nk share ilmu ukrawi tu x salah..tp kena tgk keadaan jgk la..dimana kta berada...cuba elakkan tag menge'tag'....share je kt fb ke twitter ke...jgn rsau sb secara otomatik apa yg kta nk sampaikan akan keluar disetiap wall kawan2 fb kta..len la kalo kita x tekan butang share..yg tu mmg x kuar la...huhu

bkn x boley nk tag..taapppiiii...cik kaktus rase gambar kt bawah mampu menghuraikan mesej cik kaktus.. :)
 

okey..da fahamkan??okey la..sekian sahaja tinta tuk hari ini.salam jumaat semua..maaf sekiranye entry ni membuat kowg terasa.... :)

Sunday, December 30, 2012

seungkap kata...

 seungkap kata itu menjadi penawar...

hati yg dulu gundah..
kini mula berbunga riang..
tawa yg dulu mengering dibibir..
kini mekar lahir dari sudut hati...
inilah nikmat kurniaan Illahi...
Alhamdulillah...

seungkap kata itu menjadi penyeri..
mata yang melihat ini hanya mampu memandang..
memandang keindahan yg mendamaikan hati...
menenteramkan jiwa yang diselimuti dosa..
mata ini jga tidak mampu menuturkan
kata meluahkan rasa...
hanya mampu mengagumi kekuasaan Illahi..
Allahuakbar..Subhanallah..

seungkap kata itu menjadi titisan mutiara...
mutiara yang menjadi milik al Kholiq..
rembesannya yang disangka mampu utk menguatkan 
sekeping hati yang hampir layu..
hanya mampu melemahkan..
mengenang dosa dan noda
yang mencorak dan mewarnai kehidupanku..
Astaghfirullahal Azim..Subhana inni kuntu minazzolimin....

ya Rabb..
sungguh ak berjanji untuk taat setia padaMU
sblm rohku bercantum dgn jasadku...
telah aku alpa dgn nikmat dunia....
aku terpana dgn kilauan duniawi...

ya Rabb..
ampuni hambaMu ini..
jadikan aku wanita yang solehah...
yang baik antara yang terbaik..
dan kurniakan aku pendamping yang baik..
dalam mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu..
ampuni aku.. ya Rahman..
ampuni aku..ya Rahim...
sudilah pandang aku ya Rabb...


 



 

Thursday, December 13, 2012

2 hari 1 malam.....

assalamualaikum cinta....ecece..alamak terpengaruh ng cite 7petola cinta la plak..hihihi...baru jer tgk 3 4 mlm yg lepas...apakan daya..bizi yg amat...belog sempat buka je..buka jer tau...bace pon x..post entry pon x....mmg sekadar buka je lah...

byk sbnrnye nk cite kt sni...tp rse nye ckop je lah ng entry ni jer yer...yg len kta cite len kali...

ni haaaa....cik kaktus nk tunjuk kt kome sume..hehehe..jengjengjeng....(ada elemen of suprise skit ea kt situ..heeee)



 hhihihi..canteq x?? ni project tok subject HUMAN COMPUTER INTERACTION... ni la antara interface yang wat cik kaktus x tdo mlm..makan x bpe nk lalu..mandi mmg confirm basah..hehe..sgup stay ng kenkawan sampai pukol 4pg semata2 nk siapkan bendalah ni...

yg plg excited nye..bila present..kami dapat group yg plg last..yg jd puan speaker tok present ptg td  len x bukanlah..mestilah cik kaktus (ececececece..masuk bakul angkat sendiri..hahaha)...group yg last tu x kisah sgt la..yg paling penting Dr.Sobi puji ktowg pny design ni canteq...the ONLY GROUP yg dapat pujian...heee..bgga seketika...

tp w/pun ni hasil design cik kaktus..tp nk say thanks la sgt2 kt group member len sb diowg byk tlg...ye tak Norhayati & Tengku Noraizan??ni pon antara hasil design diowg gak sb dio byk tlg time kami ngah brainstorming pasal design ni...hihi..

others interface: