facebook



Thursday, September 29, 2011

Tip Penjagaan Kulit Daripada Al-Quran

Secara amnya kulit manusia terdiri daripada lapisan epidermis dan lapisan dermis. Lapisan epidermis adalah lapisan yang tidak mempunyai saluran darah dan bergantung kepada bekalan darah daripada lapisan dermis.



Di dalam lapisan dermis kulit manusia, Allah telah menciptakan kelenjar-kelenjar yang dikenali sebagai kelenjar sebum. Kelenjar ini menghasilkan lemak dari semasa ke semasa. Menurut pada saintis, tujuan penghasilan lemak-lemak ini adalah untuk melindungi kulit dan rambut daripada menyerap air. Ia juga mengelakkan kulit dan rambut menjadi kering, berkedut atau merekah. Hebat sungguh ciptaan Allah.

Sel-sel kulit manusia yang mati pula akan ditolak keluar ke lapisan epidermis, seterusnya tubuh badan akan menghasilkan sel baru. Proses ini berlaku sepanjang masa. Boleh dikatakan setiap detik, ada sahaja sel kulit yang mati di atas kulit manusia.

Sel-sel mati ini kemudiannya akan terkumpul bersama-sama lemak-lemak sebum, bakteria dan habuk di atas permukaan kulit. Permukaan kulit akan menjadi kotor. Bakteria-bakteria kemudiannya akan bertindak balas dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Inilah yang berlaku pada kulit manusia setiap hari.

Jika tidak bersihkan, ia akan mengakibatkan jangkitan kepada kulit seperti jerawat, jeragak, kanser dan sebagainya. Di bahagian muka manusia sahaja, para saintis telah menganggarkan terdapat 500 juta bakteria pada setiap inci persegi.

Di dalam surah Al-Maaidah ayat 6, Allah telah berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib;”

Ayat ini merupakan perintah daripada Allah supaya orang-orang Islam berwuduk sebelum menunaikan solat. Wuduk perlu dilakukan dengan air suci. Anggota-anggota badan yang wajib dibersihkan adalah muka, tangan, kepala dan kaki.

Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya, “Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya.”

Kemudian Sayidina Othman r.a berkata, “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda, “Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.”

Di antara anggota badan yang sunat dibersihkan pula adalah telinga. Ini berdasarkan sebuah hadith riwayat Ibnu Abbas berkata, “Rasulullah s.a.w. menyapu kepalanya dengan air dan kedua telinganya iaitu bahagian luar dan dalam.


Membersihkan anggota badan melebih kawasan wuduk juga dianggap sunat. Abu Hurairah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. berkata, “Kamu merupakan orang yang bercahaya muka, tangan dan kakinya pada Hari Kiamat kerana kamu telah menyempurnakan wuduk dengan baik. Maka sesiapa di antara kamu yang mampu melebihkan had basuhan pada muka, tangan dan kakinya hendaklah dia berbuat demikian.”

Di dalam Al-Umm, Imam As-Syafie menyatakan bahawa beliau lebih suka sekiranya seseorang itu berwuduk mukanya, tangannya dan kakinya tiga kali-tiga kali serta menyapu kepala tiga kali dan meratakan sapuan itu keseluruhan kepala.

Kesemua “proses pembersihan kulit” ini dilakukan setiap kali sebelum solat lima waktu. Sekiranya setiap langkah diulangi sebanyak tiga kali, seseorang akan membasuh anggota wuduknya sebanyak 15 kali sehari. Sekiranya ditambah dengan solat sunat dhuha dan solat sunat witir, bilangan basuhan menjadi 21 kali.

Selain itu, seseorang juga disunatkan agar menggosok-gosok tempat wuduk. Ini adalah berdasarkan sebuah hadith riwayat Abdullah Bin Zaid r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. berwuduk lalu beliau berkata, “beginilah.” Lalu beliau mengosok-gosok anggota wuduknya.

Menggosok adalah mengenakan sedikit tekanan pada anggota wuduk. Aktiviti menekan dan menggosok ini seterusnya akan meransang beberapa titik refleksologi yang dikenali sebagai “Biologically Active Spots”, yang terdapat pada anggota-anggota wuduk. Tekanan-tekanan pada titik istimewa ini seterusnya akan merangsang saraf dan memberi tenaga serta kesegaran baru kepada angota-angota badan yang lain seperti, usus, perut, pundi kencing, sistem peranakan dan lain-lain.

Justeru, kita harus mempelajari tatacara wuduk yang betul. Wuduk yang betul bukan sahaja menjamin kebersihan, malah ia menjaga kesihatan. Dari segi rohani, wuduk yang betul membersihkan dosa. Di dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w. telah menceritakan bahawa ketika seorang muslim membasuh setiap anggota wuduk, kesalahan-kesalahan akan keluar bersama-sama dengan air basuhan tersebut.

Tuesday, August 16, 2011

SEDEKAH~~~~




Org2 tua zaman dulu kala ckp kalo nk mata yg cerah n bersinar2 maka bgnlah di awal pg lalu lihatlah tumbuha2an hijau..nescaya mata yang cerah akn sentiasa cerah..tp very unfortunately mata ak ni da kelabu asap..bgn pg tgk tumbuhan hijau pun ‘power mata’ mkin meningkat..aiyoooo…ni la akibatnye x mkn sayur..hahaha…Actually post ak kali ni bkn nk bercerita pasal mata ke tumbuhan hjau ke bgn ke..whatever lah…

Ak nk tny sket nih…kowg perasan x bln2 pose ni ramai sgt yg mintak sedekah..bkn nk mengungkit lagi berbangkit tapi da mcm2 ragam peminta sedekah da ak tgk yg dtg mintak kt opis (ROSHAMSHUL& ZULFIKAR solicitor & advocate) tu..mmg la bln2 pose ni kalo bersedekah berganda2 pahala kta dpt kalo nk banding dgn bln2 biasa..tp semua yg dtg tu semacam je ak tgk..mcm2 ragam da….hahahaha

Ragam pertama:               dtg pak cik tua…mula2 bg salam..kitowg jwb r..kang x jwb dosa plak kan…time     tu bos xde..pak cik dtg katanye mintak derma tok bina masjid..nmpk air muka cam baik jer..so ktowg ckp bos xde n ade la kwn ak bg sket..(tp time ni lom pose lg)

Ragam ke-2:                       kali ni berbeza sket..kalo yg pertama tu dtg ckp melayu..tp kali ni tok arab beb dtg mintak derma…bkn men lg ckp arab...kitowg pun bg la bos yg settle..sb kes yg ni lain mcm sket…hahaha..

                                                Satu opis kot berbau minyak atar…pak arab diminta msk bilik bos…ak dgr mcm2 bos bg alasan..last2 bos htr diowg ke muka pintu then ckp nk sepak diowg..kihkihkih…lawak gak bos ak tuh..mentang2la pak arab tu x reti bhs melayu..sedap2 je nk sepak owg..hahaha..da ler pak arab tu besar2..berani je dia…hehehe
Ragam ke-3:                       kali ni lg3x la laen ragamnye…time ni ak x sempat pun nk pndg owg yg mintak sedekah tu sb time tu ngah bz + tension…huhuhu…kwn2 je yg lyn..pas peminta sedekah tu balik, ‘kak gie’ (kakak kesayangan ak tu) cite la camner penampilan org tu…nk tau..yg dtg tu siap pkai rantai besar lg…ape org pgl…’bengler’? bangler?....aaahhhh.. whatever lah…

                                                Hahahaha…agak2 r nk menyamar pun…adab2 nk mintak sedekah tu jga r sket…sape nk bg kalo pakai rantai cam rantai basikal tuh…kihkihkih

Ragam ke-4:                       yg ni bkn setakat laen tp pelik n diragui..hihihihi..yg ni yg last wat saat ni…peminta sedekah ketok pintu n bg salam..kitowg jwb..igt kea de customer yg dtg…ak tny ade ape…dia ckp dtg minta derma untuk ank2 yatim..siap tunjuk dokumen dlm file lg..kononnye bukti la tu yg dia x menipu…

                                                Air muka org tu sgt la diragui…ak da ckp bos tgh layan customer..dia x dgr…duk tercegak je kt tepi kiowg selagi kitowg x bg..so annoying la kalo cam ni…ak bkn nk hina dia tp cam len mcm…xtau nk clarify camne lg…kalo kowg tgk kowg tau la perasan ak..hahahaha..

Hahahahha….camtu lah..owg kate kalo ade yg minta sedekah kita kna bg dgn hati ikhlas…even owg tu tipu kita tp tu semua urusan dia dgn Allah….pahala yang Allah jnjikan takkan terjejas pape pun kalo hti kita ikhlas menderma…whatever lah owg tu nk guna duit tok gambling ke…tok beli drugs ke…whatever lah…

Pengajarannye..kta mestilah menderma seikhlas hti n xyah la berkira sgt…rezki Allah yg bg..n DIA jga lah akn tarik kalo kita ni tamak n bakhil…so, hidup kena ikhlas..InsyAllah hidup akn diberkati…hohohohoho…..
Wassalam…sekian….

Thursday, May 5, 2011

KoNgSi-kOnGsI

5/5/2011..cba teka ni tarikh ap...bkn tarikh ak kaple..besday??no no no no...hihi..ni tarikh ak hbs exam a.k.a tamat diploma..hihihi..3thn ak duk kt ganu nih..hehe..mcm2 da jd..aiii...bila teringat knangan kt sni kdang2 tersenyum sowg..pastu org ckp gila...sedap je dpt ayat tuh..huhu..aaahhhh..biarla..(pdahal org yg ckp ak gila tu jelos ng ak sb ak da hbs exm n ley khatam muvie..hihi


haaa ni la hasilnye slps 3thn...hahaha..ilmu ak adopt dr kwn ak...huhu..salmi yg dlu da terkubur.. klo dlu bkn men lgi x ska kaler2 kt face..hihi maybe da mningkt dewasa kot..

msa free ktowg kt unisza ak luangkn ng memasak..berkat krjasama kami ber-6, hasilnye dpt la puding trifle...

sedapkn..hihi..nk tau x respi nye ap...sng je..ckupla skdr ad tepung kastard, telur, susu cair, gula, agar2, buah2an yg dlm tin tuh n kek spounge yg hrga rm5 je tuh...huhu..tp ni la antara mknan yg ak reti wt tp ak sndiri x santap pun...hihi..knp? sb ak ni x gemar agar2..pelik kn?

ak ad hobi yg amt dimarahi tman2..hahaha

kumpul kerongsang...knp kwn2 mrh?..hahaha(sb diowg jelos ak ad byk kerongsang kot...)setiap kli g psr mlm msti diowg mmbebel..diowg ckp mmbzir je beli byk2...tp yg x sgka skrg ni kwn2 ak plak hntu keronsang...diowg pnye collection lg byk dr ak pny...hahaha..tu la sape suh kutuk ak?

lps diowg ciplak hobi ak...ak pn cr la hobi bru...huhuu..(mcm ap daaaa...)..hobi kli lg jimat..hny perlu rm5 je tok hrga kotak...nk tau ke bndany?haha...jeng3x

mesti kowg nk tau ap bndanye ni kn? ni la hobi bru iaitu kumpul key chain yg org bagi..hihih..jimat kn hobi ak yg ni...tgu org bg jer..(krg ajr giler ayt)hahaha...tp ni menunjukkn ak ni hargai ap yg org bg..x letak merata..t bnda ni ley jd kenangan...

tp yg latest ak dpt xley nk ltk lam kotak ni la..beliau agk besar sedikit..huhu...nk tgk x??tadaa..

hihihi..kt dlm ni ade lmpu..bila kta bka muzik t lmpu menyala then kuar lampu warna warni...haha..spe yg bg??ne ley gtau..huhuhu..org tu mintak dirahsiakn...klo nk tau sgt PM me k...hihihi..canteq kn???

k lah...je la yg ak mmpu kongsi2 ng kome sume...ate..mau tdo dulu la yer...hihihi...bye3...