facebook



Wednesday, June 4, 2014

Abah II

abah...
dia lah insan yang berbahagia
disaat kelahiran puteri sulongnya
dia lah yang yang pertama
menyapa telinga dengan kalimah
syahadah...

dahulu..
bilamana terdengar suara abah
ibarat mendengar guruh dilangit..
bertempiaran lari menyelamatkan diri..
takut dimarahi..
kerana kenakalan diri...

abah..
bila aku remaja dialah teman..
yang mengharapkan kejayaan..
wang ringgit ditabur tidak sekali
minta dibalas..

abah..
mengharapkan tegakku seutuh bicara ku
mengharapkan tuturku seindah pelangi dimedan kehakiman..
namun..
tikar kekecewaan aku hamparkan
dilaman hatimu
aku tau pedih hatimu
kerana harapanmu punah..

abah..
aku tdak mmpu penuhi hasratmu
aku tdak mmpu berdiri dikamar pengadilan..
yang aku ada hanyalah doa untuk mu abah..