facebook



Sunday, January 28, 2024

HOBI 2024

Assalamualaikum korang..!!


lama betul cik kaktus tak bersiaran kan? last updated blog ni tahun 2020 kalau tak silap. sejak berstatus ibu anak satu ni mmg tak sempat nk updated. tambah pulak skrg ni byk sgt socmed. layan banyak-banyak socmed lastly bersawang juga.. hehehe..

Entry kali ni simple je uolls. cik kaktus just nk share hobi baru cik kaktus. hobi baru cik kaktus tahun 2024 ni adalah tak lain dan tak bukan is CAMPING!!!! hehe.. terpengaruh dengan encik husband sbnrnya.

kami camping di pantai.. for beginner ni je lah tent yg kami mampu :)



long story short, sebenarnya dh lama encik husband cik kaktus ajak pegi camping tapi cik kaktus mcm layan tak layan je.. kadang join jugak encik husband pegi camping sebelum ni..tapi encik husband tidur dlm tent cik kaktus check in hotel 😜.. ni time camping kt Port Dickson la.

Kenapa begitu???? nak kata tak biasa camping, cik kaktus mmg camper tegar masa zaman sekolah. dari sekolah rendah sampai lah sekolah menengah. so, benda-benda gini small matters je bagi cik kaktus.. tapi gitu la disebabkan encik suami salah introduce campsite yang facilities dia tak berkenan di hati cik kaktus.. jangan tny campsite mana, cik kaktus takkan disclose kt uolls.. werrrkkk ! 😝

tapi awal tahun hari tu encik husband berjaya pujuk cik kaktus pegi camping.. sebelum pegi tu cik kaktus study dulu pasal campsite tu.. alhamdulillah approved!!!


okey lah.. setakat ni dulu entry cik kaktus kali. doakan semoga cik kaktus kembali lagi update kt sini ya. doakan juga moga hobi ni berpanjangan..hehehe.. oh ye.. lupa nk share dgn korang campsite mana yang cik kaktus pegi..cik kaktus camping kat MAYANGSARI CAMPSITE PORT DICKSON.. Korang yang minat camping, silakan ke sana sebab facilities dia mmg puas hati. toilet bersih, kawasan pon bersih dan yg penting owner dia rajin datang kutip sampah 😊.


babai korang....

Tuesday, April 28, 2020

Rambut Gugur Selepas Bersalin



Assalamualaikum w.b.t,

Lama sungguh Cik Kaktus tak ber 'blog' ni. Dari zaman anak dara dan sekarang dah bergelar seorang ibu. Kehidupan seorang ibu ni sangat mencabar. Dari mengandung sampailah dah beranak. Tak habis kat situ je. Selepas beranak pon masih lagi ada cabaran.

Kebiasaannya selepas beranak wanita akan mula berubah dari segi bentuk badan, emosi dan juga hormon. dan Cik Kaktus sedang dan telah melaluinya. Perkara yang palimg menyedihkan Cik Kaktus selepas bersalin adalah KEGUGURAN RAMBUT yang banyak amat. Sampaikan rambut jadi NIPIS dan NAMPAK KULIT KEPALA!!

Dan lagi menyedihkan, husband Cik Kaktus tanya kenapa rambut dah makin nipis dan dia tegur rambut yang gugur merata di lantai. MALU WEH MALU!!!!!

Selepas tu Cik Kaktus mula google pasal penjagaan rambut. Dalam info tu suggest produk dekat drugstore. Adalah certain produk yang di"suggest"kan tu. Dalam info tu jugak, suggestion full set untuk penjagaan rambut adalah daripada berlainan jenama tau. contohnya serum dari jenama lain, Shampoo dari jenama lain, conditioner jenama lain and so on.

Tapi Cik Kaktus follow je suggestion tu. Tak kisah la jenama apa je Cik Kaktus follow janji rambut gugur Cik Kaktus kembali pulih. Dah beli Cik Kaktus pon balik la mencuba. Sebulan jugak la mencuba tapi hasilnya mendukacitakan. Rambut masih gugur teruk.

Last-last Cik Kaktus jumpa Serum Rambut Faith Fleur. Kawan la asyik duk post kat FB cakap serum tu elok. OK la sis cuba. Tengok Color biru tu dan tertambat hati dah. Harga? murah je. RM20 sebotol. if ada luck, kena time promo boleh dapat dengan harga RM10 sebotol tau.

Hair serum (serum rambut) faith fleur | Lazada

seawal seminggu dah nampak kesannya dia. Rambut dah kurang Gugur. Kalau dulu sekali sikat segumpal yang gugur, tapi lepas guna serum ni 2 3 helai je yang melekat kat rambut. Tak puas hati lagi Cik Kaktus tengok lantai. Kot-kot latak lekat kat sikat tapi gugur ke lantai. Eh! takde pun rambut. Lantai putih bersih. Okey takpe! kita tengok hasil dia seminggu lagi.

Selepas seminggu bukan sahaja rambut yang tak gugur tapi rambut rasa makin tebal. kalau dulu rambut Cik Kaktus tak boleh kepit. tapi lepas guna serum ni Alhamdulillah dah boleh kepit dah!! Serum ni datang dengan pakej wangi tau. Kepam-kepam pun takde dah. Alhamdulillah.

Ni berdasarkan pengalaman Cik Kaktus la. korang yang berminat nak rawat masalah yang sama dengan Cik Kaktus boleh komen kat bawah tau. Nanti Cik Kaktus guide korang. Atau korang boleh jalan-jalan ke FB page Beauty & Hair Care Shop. Korang boleh tekan link dibawah ni.


Nanti next posting Cik Kaktus nak share dengan korang pasal complete Set yang Cik Kaktus guna sekarang. yang tu memang awesome sangat-sangat dwww.facebook.com/sobellabeautybysalmi an harga mampu milik.

Tuesday, June 20, 2017

MERAWAT KULIT DENGAN MARY KAY

Assalamualaikum. selamat pagi semua.

memandangkan dah lama tak aktif blog dan menghilangkan diri dari dunia blog, makanya hari ni cik kaktus kembali semulaaaaa. lama sangat-sangat tinggalkan blog ni. dari status cik sampailah sekarang ni dah berstatus puan.

Actually takde idea nk berceloteh panjang-panjang. cumanya pagi ni cik kaktus nk share testimoni produk Mary Kay. testimoni ni bukan bermakna cik kaktus agen atau dealer atau beauty consultant produk Mary Kay tapi as a pengguna produk tu.
Haa ni la dia produk Mary Kay yang cik kaktus guna. Untuk newbie mcm cik kaktus ni Beauty Consultant (BC) cik kaktus suggest guna set Botanical Effect (BE) No. 2 untuk Normal Skin sebab kulit cik kaktus jenis yang biasa-biasa. dalam kata lain kulit yang tak bermasalah.

KENAPA GUNA MK WALAUPUN KULIT TAK BERMASALAH??

Ceritanya begini. dulu-dulu cik kaktus tak suka guna mana-mana skincare. pakai bedak je tapi alhamdulillah takde pun masalah jerawat cuma agak gelap sedikit sebab dulu aktif kawad kaki. (kalau ada pon jerawat kecik-kecik tanda kematangan..hihi). Then, bila tengok kawan-kawan cik kaktus cantik & flowless je guna skincare, cik kaktus mula la berjinak-jinak dengan skincare ni. Pakai jenama biasa-biasa je tapi mmg ok dan menjadi la. lama jugak stay dengan produk tu ada la dalam 4 tahun.

Bila dah masuk alam kerjaya ni macam-macam pulak produk keluar. makanya pada tahun 2015 cik kaktus tukar kepada produk lain. Asalnya produk tu memang best pakai. tapi agak membimbangkan la jugak untuk minggu-minggu awal penggunaan tu sebab ia menyebabkan pengelupasan kulit. cik kaktus masuk ofis pun rasa mcam nk pakai niqab je sebab satu muka mengelupas. dalam sebulan dua lepas tu muka jadi flowless. tapi kejap je dia flowless lepas tu jadi balik. Kali ni pengelupasan makin teruk seteruk-teruknya.

terus cik kaktus stop tanpa was-was lagi dah. Takuuuutttttt. Nak cantik punya pasal kan. Nah Amek Kau! Start bln oktober akhir thn 2015 cik kaktus Stop. Thn 2016 adalah tahun penyesalan. cik kaktus langsung tak guna apa-apa skincare dah. bersara terus. nasib la bakal husband (time ni berstatus tunang orang) tak kisah sangat bab-bab skincare ni.

sebab dah lama tak guna skincare kulit mula jadi kusam. Mak aih stress lagi cik kaktus. Kulit Kusam tu dah satu hal, white pulak makin menjadi-jadi time tu. Masa tu bln Mac 2017. dah la April nk nikah dah. Sah-sah la kan nk tampil cantik nanti nk naik pelamin. Stress lagi duk fikir nk pakai produk apa pulak. Last-last decide nk pakai MK ni.

So, cik kaktus cari la BC yang trusted kawan cik kaktus sendiri. tapi bln 3 tu tak pakai terus. Cik kaktus simpan dulu letak kt dulang hantaran. hehe. Jimat sikit.

OKAY, NI NAK START CITER BAB MK DAH. Actually set BE ni ada 3 jenis mengikut jenis skin masing-masing tau iaitu Dry, Normal & Oily. Cik Kaktus ambik yg Normal Skin. Dalam set tu ada Cleanse, Hydrate, Masker dan Freshen.

Penggunaan nya sama je macam skincare lain, first cuci muka dengan cleanse. lepas cuci muka apply freshen kat muka. guna kapas tau jangan sembur direct kt muka plak. Then, apply hydrate kt muka. hydrate ni fungsi dia macam mousturizer la. sapu nipis-nipis jer. dan satu lagi hydrate ni boleh pakai untuk tidur. Masker pulak pakai 3 kali semnggu je tau.bkn hari-hari.

Untuk Penggunaan awal produk ni jgn kuatir kalau muka korang nati naik jerawat sebab tu dinamakan healing crisis. Kalau cik kaktus sendri pon mula-mula pakai mmg berjerawat. liang pori jadi besar. kulit jadi berminyak. hampir putus asa jugak la. tapi bila cik kaktus rujuk BC balik dia ckp ni normal untuk newbie sb MK ni produk yang merawat kulit dari lapisan ke lapisan kulit.Kita kan dah guna bermacam-macam produk yang ada bahan kimia, so take time jugak untuk pulihkan kulit.

alhamdulillah dalam sebulan lebih nampak perubahan. jerawat dah takde. kulit pon dah tak berminyak. cuma liang pori je yang tinggal skrg ni. kena bersabar sikit masa je lagi. 

So, kepada korang yang nak try MK ni jgn takut ye. bersabar la. biasala kan nak produk yang baik ambik masa lama sikit untuk nampak kesannya. kalo produk yg seawal 7 hari dh cerah tu cik kaktus dah serik nak guna. nak cantik sekejap je dapat. sekali kalo dh terkena kesannya merana bertahun-tahun. nasib cik kaktus cepat sedar.. huhu. Okay lah selamat mencuba MK ye u olllsss..