facebook



Tuesday, June 20, 2017

MERAWAT KULIT DENGAN MARY KAY

Assalamualaikum. selamat pagi semua.

memandangkan dah lama tak aktif blog dan menghilangkan diri dari dunia blog, makanya hari ni cik kaktus kembali semulaaaaa. lama sangat-sangat tinggalkan blog ni. dari status cik sampailah sekarang ni dah berstatus puan.

Actually takde idea nk berceloteh panjang-panjang. cumanya pagi ni cik kaktus nk share testimoni produk Mary Kay. testimoni ni bukan bermakna cik kaktus agen atau dealer atau beauty consultant produk Mary Kay tapi as a pengguna produk tu.
Haa ni la dia produk Mary Kay yang cik kaktus guna. Untuk newbie mcm cik kaktus ni Beauty Consultant (BC) cik kaktus suggest guna set Botanical Effect (BE) No. 2 untuk Normal Skin sebab kulit cik kaktus jenis yang biasa-biasa. dalam kata lain kulit yang tak bermasalah.

KENAPA GUNA MK WALAUPUN KULIT TAK BERMASALAH??

Ceritanya begini. dulu-dulu cik kaktus tak suka guna mana-mana skincare. pakai bedak je tapi alhamdulillah takde pun masalah jerawat cuma agak gelap sedikit sebab dulu aktif kawad kaki. (kalau ada pon jerawat kecik-kecik tanda kematangan..hihi). Then, bila tengok kawan-kawan cik kaktus cantik & flowless je guna skincare, cik kaktus mula la berjinak-jinak dengan skincare ni. Pakai jenama biasa-biasa je tapi mmg ok dan menjadi la. lama jugak stay dengan produk tu ada la dalam 4 tahun.

Bila dah masuk alam kerjaya ni macam-macam pulak produk keluar. makanya pada tahun 2015 cik kaktus tukar kepada produk lain. Asalnya produk tu memang best pakai. tapi agak membimbangkan la jugak untuk minggu-minggu awal penggunaan tu sebab ia menyebabkan pengelupasan kulit. cik kaktus masuk ofis pun rasa mcam nk pakai niqab je sebab satu muka mengelupas. dalam sebulan dua lepas tu muka jadi flowless. tapi kejap je dia flowless lepas tu jadi balik. Kali ni pengelupasan makin teruk seteruk-teruknya.

terus cik kaktus stop tanpa was-was lagi dah. Takuuuutttttt. Nak cantik punya pasal kan. Nah Amek Kau! Start bln oktober akhir thn 2015 cik kaktus Stop. Thn 2016 adalah tahun penyesalan. cik kaktus langsung tak guna apa-apa skincare dah. bersara terus. nasib la bakal husband (time ni berstatus tunang orang) tak kisah sangat bab-bab skincare ni.

sebab dah lama tak guna skincare kulit mula jadi kusam. Mak aih stress lagi cik kaktus. Kulit Kusam tu dah satu hal, white pulak makin menjadi-jadi time tu. Masa tu bln Mac 2017. dah la April nk nikah dah. Sah-sah la kan nk tampil cantik nanti nk naik pelamin. Stress lagi duk fikir nk pakai produk apa pulak. Last-last decide nk pakai MK ni.

So, cik kaktus cari la BC yang trusted kawan cik kaktus sendiri. tapi bln 3 tu tak pakai terus. Cik kaktus simpan dulu letak kt dulang hantaran. hehe. Jimat sikit.

OKAY, NI NAK START CITER BAB MK DAH. Actually set BE ni ada 3 jenis mengikut jenis skin masing-masing tau iaitu Dry, Normal & Oily. Cik Kaktus ambik yg Normal Skin. Dalam set tu ada Cleanse, Hydrate, Masker dan Freshen.

Penggunaan nya sama je macam skincare lain, first cuci muka dengan cleanse. lepas cuci muka apply freshen kat muka. guna kapas tau jangan sembur direct kt muka plak. Then, apply hydrate kt muka. hydrate ni fungsi dia macam mousturizer la. sapu nipis-nipis jer. dan satu lagi hydrate ni boleh pakai untuk tidur. Masker pulak pakai 3 kali semnggu je tau.bkn hari-hari.

Untuk Penggunaan awal produk ni jgn kuatir kalau muka korang nati naik jerawat sebab tu dinamakan healing crisis. Kalau cik kaktus sendri pon mula-mula pakai mmg berjerawat. liang pori jadi besar. kulit jadi berminyak. hampir putus asa jugak la. tapi bila cik kaktus rujuk BC balik dia ckp ni normal untuk newbie sb MK ni produk yang merawat kulit dari lapisan ke lapisan kulit.Kita kan dah guna bermacam-macam produk yang ada bahan kimia, so take time jugak untuk pulihkan kulit.

alhamdulillah dalam sebulan lebih nampak perubahan. jerawat dah takde. kulit pon dah tak berminyak. cuma liang pori je yang tinggal skrg ni. kena bersabar sikit masa je lagi. 

So, kepada korang yang nak try MK ni jgn takut ye. bersabar la. biasala kan nak produk yang baik ambik masa lama sikit untuk nampak kesannya. kalo produk yg seawal 7 hari dh cerah tu cik kaktus dah serik nak guna. nak cantik sekejap je dapat. sekali kalo dh terkena kesannya merana bertahun-tahun. nasib cik kaktus cepat sedar.. huhu. Okay lah selamat mencuba MK ye u olllsss.. 







No comments: