facebook



Sunday, March 30, 2014

bila hati dan jasad tidak lagi
sanggup untuk berkompromi
di taman kaktus ini aku singgah
menjenguk, melihat, memerhati
tiba masanya terlakar satu cerita

cerita yang tidak pernah bernoktah
kerap kali permulaannya adalah tanda tanya
kadang-kadang kelu menjadi klimaksnya
jarang sekali untuk melengkapi penamatnya..
 

SIAPA DIA??
dia adalah watak yang tidak pernah
berbicara tika bertentangan
kerana bicaranya adalah senyum
pesannya melalui pandangan mata
tertusuk jauh kedalam..

SIAPA DIA??
hadirnya bagaikan halilintar kala mata terpejam..
lagaknya riang membariskan senyum 
menjengah tidak bersalam..
perginya tiada khabaran

ajaib nya dia kerana wujud di alam itu..
alam yang tiada penghuni..
gelap gelita bercahaya tiada..


 DAN AKU??